fb fb fb fb fb

Laluan baharu Kudat-Palawan, Malaysia tunggu Filipina

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

PUTRAJAYA, 7 November- Malaysia masih menunggu cadangan kapal oleh Filipina sebelum memuktamadkan laluan baharu Kudat- Palawan  di bawah Brunei-Indonesia-Malaysia- Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA).

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,kapal berkenaan perlu mematuhi spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

"Kita tiada masalah berikan fasilitasi, tetapi syarat keselamatan mesti dipatuhi.

"Paling penting pertimbangannya adalah keselamatan penumpang dan feri. Kita sebagai negara yang menganggotai IMO. Segala peraturan dan Konvesnyen Antarabangsa melibatkan kesemalatan di laut mesti dipatuhi. Kita minta pada syarikat feri berikan maklumat, keperluan pensijilan kapal ikut stardanrd antarabangsa", kata Anthony.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda mengenai cadangan dan kaedah kerajaan membuka permit laluan feri antarabangsa di kawasan berkenaan.

Jelas Anthony, terminal feri di Kudat telah bersedia menjadi terminal feri antarabangsa yang dilengkapi dengan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD