fb fb fb fb fb

Peratusan murid tidak kuasai 3M di Sarawak menurun

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying menjawab pertanyaan wakil Betong, Dr. Richard Rapu @ Aman Begri di Dewan Rakyat

KUALA LUMUR, 7 November- Peratusan murid sekolah yang masih tidak menguasai 3M iaitu menulis, membaca dan mengira di negeri Sarawak mencatatkan penurunan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying memberitahu sehingga Februari tahun ini sebanyak 1.2 peratus murid tahun 6 yang masih gagal menguasai 3M berbanding 2.18 peratus pada Februari tahun lalu.

"Di negeri Sarawak, terdapat penurunan bilangan murid yang belum kuasai 3M, ia adalah hasil pelbagai strategi yang telah dilaksankan termasuk program pemulihan khas untuk murid sekolah rendah yang masih belum kuasai kemahiran asas 3M.

"Guru pemulihan, dengan kerjasama guru BM dan Matematik beri bimbingan yang bersesuain kepada murid pemulihan khas sehingga mereka dapat kuasai kemahiran asas 3M,"katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Betong, Dr. Richard Rapu @ Aman Begri berkenaan insiden pelajar-pelajar yang melangkah ke tingkatan 1 yang tidak mempunyai kebolehan asas untuk menulis, membaca dan mengira di Sarawak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE