fb fb fb fb fb

LADA: peruntuk RM95,000 bagi aktiviti kebajikan dan keagamaan sepanjang Ramadan

LANGKAWI, 22 April- Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memperuntukkan RM95,000 bagi menyantuni anak yatim, asnaf dan golongan B40 menerusi aktiviti kebajikan dan keagamaan sepanjang Ramadan ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib, LADA akan mempertingkatkan jumlah peruntukan pada Ramadan tahun hadapan.

Sumbangan disalurkan kepada 17 buah masjid dan surau di sekitar Langkawi, bagi mengimarahkan pelbagai program sepanjang Ramadan ini.

"LADA akan berusaha menambah baik lagi dengan menambah siri jelajahnya dan penerima- penerima yang perlu kita bantu," katanya pada Jelajah Ramadan LADA di Masjid Ar Rahman, Mukim Kedawang, semalam.

Seramai 32 anak yatim, asnaf dan golongan B40 di kariah Masjid Ar Rahman menerima bantuan wang tunai dan barang keperluan asas bernilai RM150 setiap seorang.


(Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib)

Media Baharu