fb fb fb fb fb

Labuan perlu bantuan kerajaan Pusat bagi perkasakan pembangunan dan ekonomi

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Labuan, Rosli Awang Damit / Foto RTM

LABUAN, 21 April-Kerajaan persekutuan perlu meneruskan agenda memperkasa pembangunan dan ekonomi Labuan.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Labuan, Rosli Awang Damit berkata kerajaan negeri Sabah turut perlu menyokong dan membantu perancangan pembangunan yang dilaksanakan di negeri berkenaan.

Jelas Rosli, ini kerana Sabah turut mempunyai kepentingan khususnya melibatkan sektor minyak dan gas iaitu ASB Sdn Bhd yang berpangkalan di Labuan.

Katanya, kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Mohd Noor perlu terus membantu memperluaskan sektor berkenaan di pulau ini, bagi memberi peluang kepada penduduk Labuan meningkatkan pendapatan dan sumber ekonomi.

"Sebenarnya kita perlu sokongan daripada Sabah untuk membantu Labuan di mana kerajaan negeri Sabah juga mempunyai aset-aset banyak di Labuan dan kita pun kebanyakkannya di Labuan ini berasal daripada Sabah.

"Jadi kita perlukan bantuan sokongan dan apa-apa sekalipun yang ada di Sabah supaya dipanjangkan ke Labuan untuk rakyat kita di sini", kata Rosli demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PGRS di kediamannya di Kampung Layang-Layangan, di sini.

Pada majlis itu, pelbagai lapisan masyarakat dan pemimpin masyarakat hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD