fb fb fb fb fb

KWP dan DBKL cari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu banjir di ibu negara

WANGSA MAJU, 8 Mac- Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mencari penyelesaian terbaik jangka pendek, sederhana dan panjang berhubung isu banjir teruk di ibu negara.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pihaknya dan pengurusan terlibat akan berbincang agar sistem amaran awal banjir dapat dipertingkatkan terutama di kawasan yang dikenal pasti kerap banjir, agar kadar kerugian yang terpaksa ditanggung penduduk terjejas banjir dapat dikurangkan.

"Saya melihat tiga perkara yang harus menjadi perhatian, terutamanya saya melihat secara dekat yang pertama ialah langkah untuk kita selesaikan jangka pendek, kemudian sederhana dan panjang."

"Saya akan berbincang dengan datuk bandar dan juga pengurusan tertinggi kementerian, bagaimana untuk kita lihat sistem amaran banjir ini dapat kita naik taraf daripada sekarang," kata beliau selepas melawat kawasan tanah runtuh melibatkan lima unit rumah di sekitar Seksyen 6, di sini.

Turut hadir, beberapa agensi termasuk bomba dan pihak pemaju.


(Kejadian tanah runtuh membimbangkan penduduk setempat susulan keadaan cuaca hujan tidak menentu)

"Sebagai langkah awal, saya sudah minta supaya pihak DBKL bersama agensi lain seperti JBPM, APM dan sebagainya termasuk IKRAM dan juga pemaju bagi kawasan ini untuk buat kerja pembersihan awal supaya aliran air dikawasan belakang rumah ini dapat dilancarkan sepenuhnya. Itu sebagai langkah awal dan serta merta yang harus dijalankan bermula daripada hari ini," tambahnya.

Sementara itu, tegas beliau berkenaan kerosakan pam air di kolam takungan Kampung Pasir perlu diperbaiki segera yang mungkin .

"Ini sepatutnya peristiwa atau kelewatan yang tidak sepatutnya berlaku. Saya sudah pergi melawat di kolam takungan itu di Kampung Pasir dan saya sedang dapatkan maklumat dari pihak DBKL kerana laporan yang saya peroleh, kerosakan pintu atau pun 'water gate' ini sudah hampir setahun. Kerosakan pam air itu perlu segera dibaiki, saya nak dalam tempoh sebulan ia akan diselesaikan."

Media Baharu