
CYBERJAYA, 21 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan kutipan hasil Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melebihi RM5 bilion, tahun ini.
- Setakat Jun, Jabatan Imigresen mengumpul kutipan hasil sebanyak RM2.6 bilion.
- Pada 2025, JIM berjaya mengutip lebih RM5.2 bilion dan jadi penyumbang hasil utama kerajaan.
- JIM secara konsisten mengutip sekitar RM5 bilion untuk tiga tahun berturut-turut.
- Perkara itu dinyatakan Saifuddin pada Sambutan Hari Imigresen Ke-104, tema Melakar Wajah Baharu Imigresen, bersama pegawai kanan.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat Jun lalu, JIM telah mengumpul kutipan hasil sebanyak RM2.6 bilion.
Menurut beliau, kejayaaan JIM mengutip lebih RM5.2 bilion hasil pada 2025, sekali gus meletakkan jabatan itu antara penyumbang hasil utama kerajaan.
“JIM secara konsisten mengutip hasil sebanyak RM5 bilion untuk tiga tahun berturut-turut.”
“Potensi kutipan hasil meningkat itu juga kita dah nampak, setakat bulan Jun, kita dah pun mengumpul sehingga RM2.6 bilion dan menjelang hujung tahun, kita akan dapat sekali lagi melepasi angka kutipan ini”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Imigresen Ke-104 yang bertemakan “Melakar Wajah Baharu Imigresen”.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.