fb fb fb fb fb

KUSKOP bakal wujudkan Federasi Koperasi Sekolah

KUALA SELANGOR, 23 Ogos- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bakal (KUSKOP) menubuhkan 'Federasi Koperasi Sekolah' bagi menyelaraskan standard aktiviti koperasi sekolah di seluruh negara.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar memaklumkan, federasi ini diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar)

"Sekarang ini kita ada enam federasi, kita hendak jadikan tujuh federasi. Peranan federasi ini mereka ini ada jawatankuasa dan ahli-ahlinya terdiri daripada semua koperasi-koperasi sekolah yang ada di dalam negara kita", katanya kepada media selepas merasmikan majlis Kuiz Koperasi Daerah Kuala Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang, Kuala Selangor.

"Melalui federasi ini mereka boleh membuat program dan merancang bagaimana mereka boleh menaik taraf koperasi sekolah.

Kementerian juga akan menyalurkan peruntukan untuk anggota federasi ini menjalankan aktiviti dalam menaik taraf koperasi.

Tan Sri Noh memaklumkan, ketika ini terdapat hampir 2,500 buah koperasi sekolah di seluruh negara dengan keahlian seramai 1.9 juta orang.

Media Baharu