(Foto MetMalaysia)
PETALING JAYA, 24 Ogos- Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter telah melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 10.30 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi gempa berpusat di 5.3 darjah Selatan dan 102.8 darjah Timur dengan kedalaman 65 kilometer.
Kedudukannya 158 kilometer Selatan dari Pagar Alam, Indonesia
MetMalaysia memaklumkan, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
(Gempa bumi kuat di selatan Sumatera/MetMalaysia)