fb fb fb fb fb

Kurangkan pelepasan karbon, pemain industri digesa guna pakai logistik hijau

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Pemain industri digesa untuk mengguna pakai logistik hijau bagi membantu mengurangkan pelepasan karbon dengan lebih cekap.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata penyertaan sektor logistik sangat penting mengatasi cabaran berkaitan, selain kerjasama sektor awam dan swasta.

"Kementerian Pengangkutan (MOT) ingin menggesa sektor pengangkutan dan logistik untuk menerimanya berdasarkan nilai yang telah ditunjukkan.

"Penyertaan industri logistik dan pengangkutan adalah penting dalam mengguna pakai inisiatif logistik hijau dan hanya boleh dicapai melalui kerjasama dengan sektor awam dan swasta untuk menangani cabaran tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

MOT kini sedang mempercepatkan usaha ke arah kemampanan pengangkutan dan logistik yang digariskan dalam Dasar Pengangkutan Negara.

Dalam majlis yang sama beliau juga turut menyampaikan anugerah bagi Kejohanan Pemanduan Trak Cekap Eko 2023 (EETC23).

Anugerah tersebut dimenangi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diwakili Mohd Firdaus Mohd Saufi bagi sektor awam manakala sektor swasta dimenangi Merzuki Jusoh yang mewakili Prifarian Sdn Bhd.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu