fb fb fb fb fb

Isu beras: ASEAN sepakat utamakan negara anggota - Mohamad Sabu

(Mohamad Sabu (tengah) dalam lawatan bersama menteri-menteri pertanian ASEAN di Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor)

SHAH ALAM, 5 Oktober- Menteri-menteri pertanian ASEAN memberi jaminan kepada negara anggota mengenai kelangsungan bekalan makanan terutama beras.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jaminan itu diberikan mereka ketika Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45.

"Kita bincang mengenai keselamatan makanan, misalnya kalau dalam negara ASEAN berlaku sesuatu kekurangan (makanan), negara-negara ASEAN lain dapat membantu dengan cepat

"Kita (Malaysia) kalau dengan Thailand itu (adalah) beras dan ayam, yang selalunya secara cepat kita boleh dapat daripada mereka kerana ia yang paling dekat.

"Kalau kita perlu ayam, proses mendapatkan ia dari Thailand mungkin sekitar kurang satu minggu sahaja. Begitu juga beras, Thailand menyatakan selagi ada keupayaan, mereka tetap menjual (beras) kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama menteri-menteri pertanian ASEAN di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) di sini.

Dalam lawatan itu, menteri ASEAN menyaksikan demonstrasi di Laman Padi bagi melihat penggunaan traktor pembajak, transplanter (mesin pertanian) dan dron oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

(Mohamad Sabu)

Media Baharu