fb fb fb fb fb

Kumpulan pro-Palestin berkumpul di luar ICJ

Seorang penunjuk perasaan Yahudi memegang sepanduk di luar ICJ ketika prosiding berlangsung di The Hague / REUTERS

THE HAGUE, 12 Januari- Beratus-ratus penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul berhampiran Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague pada Khamis ketika mahkamah tertinggi PBB itu memulakan perbicaraan dalam kes yang menyaksikan Afrika Selatan menuntut Israel menghantikan serangan di Gaza.

Dalam tuntutan tersebut, Afrika Selatan menyifatkan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Sambil membawa bendera Palestin, ramai yang berkumpul untuk menonton prosiding yang dipaparkan pada skrin gergasi di luar mahkamah.

“Apa yang saya harapkan mereka dapat mencapai apa yang tidak mampu dicapai sehingga kini iaitu gencatan senjata kekal, koridor keselamatan untuk bantuan kemanusiaan agar angka kematian tidak meningkat lebih tinggi kerana risiko jangkitan, wabak, kekurangan bekalan elektrik dan makanan," kata salah seorang penunjuk perasaan, Sara Galli.

Israel dengan jelas menolak tuduhan genosid dan mengatakan ia adalah tidak berasas serta menuduh Pretoria sebagai 'pembela syaitan' untuk Hamas.-REUTERS

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE