fb fb fb fb fb

Kuliah UAI ditangguhkan, susunan semula jadual

(Penceramah, Ustaz Azhar Idrus)

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Penangguhan program Kuliah Maghrib Perdana penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak kerana penyusunan semula jadual pengkuliahan melibatkan penceramah dan tenaga pengajar, mengambil kira beberapa acara utama.

Menerusi kenyataan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan pihak masjid telah membuat pemakluman penangguhan undangan kepada pihak penceramah lebih awal.

Justeru, isu pembatalan tidak berbangkit sama sekali.

"Kami berpandangan agar sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara harmoni berlandaskan semangat persaudaraan antara semua pihak.

JAWI komited untuk memastikan institusi masjid dan surau terus berperanan sebagai pengkalan ibadah, pusat ilmu, dan penyatuan masyarakat berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505)", ” menurut kenyataan itu.

Khamis lalu, Ustaz Azhar Idrus memuat naik hantaran permohonan maaf menerusi facebooknya susulan kuliah Maghrib Perdana hari ini dibatalkan.


(Foto hiasan)

Media Baharu