fb fb fb fb fb

KUIPs dedah mahasiswa dalam bidang keusahawanan

Program Keusahawanan Siswa disertai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

KANGAR, 10 Disember- Program Keusahawanan Siswa melibatkan 180 pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) termasuk pelajar tempatan serta pelajar antabangsa dari 16 buah negara yang mengikuti pengajian di KUIPs.

Program itu bagi membudayakan bidang keusahawanan, memantapkan kemahiran pengurusan akaun perniagaan dan membangunkan kreativiti dalam bidang pemasaran sesuatu produk kepada umum.

Menurut Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIPs Roshaizam Izuddin, sasaran nilai jualan dianggarkan mencecah RM60,000.

Ia memberi peluang kepada peerta untuk memasarkan produk tempatan khususnya makanan dan minuman,selain mengetengahkan makanan tradisi negara masing-masing.

"Program ini bukan hanya makanan-makanan dari Malaysia malah merangkumi dari banyak negara. Saya harapkan program-program keusahawanan ini boleh dipergiatkan dalam kalangan mahasiswa supaya memberi satu semangat dan memberi satu batu loncatan kepada mahasiswa," katanya dalam Program Keusahawanan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang berlangsung di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis di sini.

Pelaksanaan program itu mendapat kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada masyarakat menceburi bidang keusahawanan dalam meningkatkan taraf ekonomi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI