fb fb fb fb fb

KTMB lancar Pelan Antirasuah Organisasi OACP 2022-2026

(Majlis Pelancaran OACP KTMN 2022-2016)

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KTMB 2022-2026 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Razali Mohamad di ibu negara.

Ia, bagi melahirkan warga kerja yang efisien, responsif , berintegriti, telus, cekap dan membudayakan amalan bersih rasuah dalam melaksanakan tugas harian.

Menerusi pelan tersebut, beberapa inisiatif telah dikenal pasti berdasarkan lima bidang keutamaan yang merangkumi perolehan, kewangan, operasi, tadbir urus, pentadbiran dan modal insan.

"Pelan Antirasuah Organisasi KTMB ini juga sebahagian bahan rujukan warga KTMB agar mereka benar-benar memahami aspek pematuhan diri dalam tugas masing-masing.

"Ia mengandungi inisiatif yang perlu dilaksana untuk menutup ruang dan peluang dari berlakunya jenayah rasuah dan pelanggaran integriti,"katanya.

Turut menyaksikan pelancaran tersebut Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, Datuk Norazmi Karim, Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin.

Tambah beliau pelan dibawah seksyen 17A akta SPRM 2009 itu merupakan dokumen yang dihasilkan dengan menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan warga KTMB dan pemegang taruh membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam setiap tugasan serta aktiviti yang dilakukan agar ia dapat membentuk sahsiah diri yang baik untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

Setakat ini seramai tiga pegawai SPRM telah ditempatkan di KTMB bagi menangani isu-isu jenayah rasuah.


(Ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Razali Mohamad)

Media Baharu