fb fb fb fb fb

Krisis Sri Lanka: 85 rakyat Malaysia dinasihat tidak keluar rumah

(Penunjuk perasaan memegang sepanduk ketika demonstrasi menentang lonjakan harga dan kekurangan bahan api di Colombo, AFP)

KUANTAN 11 Julai- Seramai 85 orang rakyat Malaysia yang telah berdaftar di Sri Lanka, dinasihat agar tidak keluar rumah buat sementara waktu.

Menteri Luar, Datuk Sri Saifuddin Abdullah dimaklumkan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo pagi tadi, bahawa kesemua rakyat Malaysia itu, berada dalam keadaan baik dan selamat.

Beliau turut menasihatkan agar rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke Sri Lanka, supaya menangguhkan perjalanan terlebih dahulu buat masa ini.

"Setakat yang dimaklumkan, 85 rakyat malaysia yang berada di sana dalam keadaan selamat. Jadi saya minta supaya mereka tidak keluar dari rumah masing-masing,

"Saya nasihatkan agar kesemua mereka yang masih berada di sana untuk kekal duduk di rumah sahaja, jangan keluar dan sekiranya ada sebarang keperluan bantuan segera hubungi kedutaan” katanya dalam sidang media selepas program Penyembelihan dan Pengagihan Daging Korban di Sungai Karang, Kuantan.

(Menteri Luar, Datuk Sri Saifuddin Abdullah)

Setakat ini pihaknya belum merekodkan sebarang pemohonan daripada rakyat Malaysia disana untuk dibawa pulang.

Bagaimanapun, Wisma Putra sentiasa memantau perkembangan terkini di negara itu dan bersedia melaksanakan proses evakuasi jika keadaan semakin meruncing.

"Sekiranya ada anggota keluarga yang berada di Malaysia yang tidak dapat menghubungi mereka di Sri Lanka, boleh segera berhubung dengan kedutaan Malaysia di Colombo," tambahnya lagi.

Suruhanjaya Tinggi di Colombo boleh dihubungi melalui nombor telefon 94774830103, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan alamat 45, Rosmead Place, Colombo 07, Sri Lanka.

Media Baharu