fb fb fb fb fb

Krisis di Ukraine: Malaysia ambil pendirian berkecuali

PHNOM PENH, 24 Februari- Malaysia mengambil pendirian berkecuali dan tidak campur tangan berhubung krisis yang berlaku di Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap, pihak-pihak berkaitan menyelesaikan konflik tersebut dengan aman.

"Kita bersetuju bahawa ASEAN merupakan pertubuhan negara-negara bebas dan kita tidak mencampuri urusan negara lain.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen juga bersetuju supaya kita tidak buat sebarang kenyataan melainkan negara-negara ASEAN melakukan perbincangan dan memutuskan secara konsensus untuk kenyataan tersebut," katanya dalam sidang media di sini.

Sementara itu beliau menjelaskan, keutamaan kini adalah memastikan supaya rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat.

"Ketika ini terdapat 11 rakyat Malaysia di Ukraine, lapan di Kiev dan tiga di luar Kiev.

Kita telah menghubungi mereka, proses evakuasi telah dilaksanakan dan rakyat kita dalam keadaan selamat," katanya lagi.

Media Baharu