fb fb fb fb fb

Kerajaan komited pastikan tapak pelupusan Seelong beroperasi dengan baik

JOHOR BAHRU, 24 Februari - RM60 juta diperuntukkan bagi menampung kos pembinaan Sel 7 dan Sel 8 tapak pelupusan sisa pepejal sanitari
Seelong, di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan itu juga melibatkan kos operasi dan membina sebuah fasiliti rawatan sisa pepejal berteknologi tinggi dan mapan.

Beliau berkata, sehingga kini, RM125.1 juta dibelanjakan bagi kos pembinaan Sel 1 dan Sel 6 yang merangkumi 13 sel yang mempunyai keupayaan mengurus 1,250 hingga 1,700 tan sisa pepejal sehari.

"Ini adalah komitmen yang harus diberi kerajaan pusat dan saya maklumkan kerajaan pusat akan sentiasa memberi komitmen untuk pastikan kelestarian pengoperasian tapak pelupusan di kawasan Seelong ini berterusan dan dapat beroperasi dengan baik," kata Reezal Merican selepas lawatan ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitasi Seelong di Kulai, di sini.

Media Baharu