fb fb fb fb fb

Kerja pemulihan pascabanjir kawasan Hulu Langat hampir selesai

(Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika membuat tinjauan di beberapa kawasan pasca banjir pada Program FT Roadpedia Pasca Banjir sekitar Hulu langat)

HULU LANGAT, 24 Februari - Kerja pemulihan jalan di sekitar Hulu Langat yang terjejas akibat bencana banjir besar hujung tahun lepas hampir selesai.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pembukaan laluan kawasan cerun di Jalan Bukit Peras telah selesai.

Namun kerja baik pulih sepenuhnya bergantung pada dana yang bakal diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Kalau ikut jalan, Alhamdulillah jalan sudah boleh dibuka termasuk di Bukit Peras tadi.

"Maknanya bila dah boleh dibuka, orang yang tinggal di sana dah boleh lalulah. Cuma kita tak buka untuk keseluruhan orang awam lagi," kata Fadillah selepas melakukan tinjauan pascabanjir di Hulu Langat.

Kos baik pulih cerun dan laluan di Jalan Bukit Peras dan Sungai Lui masing- masing berjumlah RM693,820 dan RM1.9 juta.

Media Baharu