PUTRAJAYA, 10 Januari - Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, KPWKM bakal memfokuskan usaha menambah baik mutu perkhidmatan.
Ia termasuk memastikan bantuan yang di sediakan sampai kepada masyarakat dengan lebih cepat.
Jelas Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, ke arah itu, kesemua agensi di bawah kementerian tersebut akan digerakkan bagi memastikan tiada individu yang tercicir, khususnya semasa bencana.
"Kita akan menggerakkan pada tahun 2022 seperti yang saya sebutkan tadi. Sebagai contoh sekiranya banjir, JKM sahaja akan turun. Tapi kali ini, kita akan menggerakkan semua agensi di bawah kita. Contohnya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN melalui 'Mamacare' untuk rawatan bagi ibu dalam pantang, Skuad Waja Jabatan Pembangunan Wanita turut sama membantu.
Jadi, kita tidak mahu melihat lagi apabila berlaku sesuatu perkara itu, hanya agensi tertentu sahaja yang kita berikan", katanya dalam sidang media Perhimpunan Bulanan KPWKM di Putrajaya.