KOTA KINABALU, 27 September - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited bagi meningkatkan peluang dan penyertaan Wanita dalam pembangunan ekonomi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu termasuk menyediakan ekosistem yang mampu menyokong penglibatan wanita dalam ekonomi.
Ini termasuk penyediaan akses kepada latihan dan pembangunan kapasiti seperti program Penjanaan Pendapatan Wanita (Wejana).
"Fokus kita lebih kepada penjanaan ekonomi iaitu ekonomi penjagaan.
"Kita ingin penuhi pasaran, sebab kita tahu di luar tiada siapa yang ingin beri (golongan wanita ) pekerjaan", kata Nancy yang ditemui pemberita selepas merasmikan Wejana 2023 di sini pada Selasa.
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri)