fb fb fb fb fb

KPT sumbang RM1,000 kepada 21 anak mangsa nahas helikopter

Foto BERNAMA

MANJUNG, 25 April- Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 kepada 21 anak mangsa nahas yang masih bersekolah.  

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara itu telah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Selain itu, KPT juga menerusi Program SULUNG 2.0 akan membiayai sepenuhnya pengajian Nurul Shahfiqah Mohd Shahrizan sehingga tamat belajar.

Beliau merupakan pelajar tahun 1 Sarjana Muda Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). 

"Itu bagi memastikan masalah anak-anak keluarga semua mangsa terlibat itu dijaga dengan baik. Kita tidak mahu anak-anak menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka untuk melanjutkan pelajaran," jelas Zambry kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang terkorban dalam insiden nahas helikopter TLDM, Selasa lalu.

Pada masa sama menyalurkan sumbangan berbentuk tunai kepada waris 10 mangsa terlibat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM