fb fb fb fb fb

KPT serahkan isu tular kepada Polis

PERAK, 3 September- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan campur tangan dalam siasatan video tular di media sosial mengenai seorang pelajar yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM) yang mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya isu tersebut kepada pengurusan UM serta pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Jelas beliau, setiap universiti mempunyai kuasa autonomi masing-masing untuk menjalankan siasatan dalaman.

 
(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Majlis Penutupan Karnival Komuniti di Kolej Komunìti Bagan Serai)

"UM telah membuat laporan polis berkaitan yang tik tok yang viral tersebut dan saya rasa eloklah kita tunggu laporan polis dan siasatan daripada polis berkaitan perkara berkenaan sebab UM telah hantar laporan dan dia menyatakan dia telah membuat laporan polis berkaitan tuduhan tersebut," katanya di sini

Tambah beliau, pengurusan UM telah menghantar laporan berhubung dakwaan pelajar berkenaan kepada kementerian bersama laporan polis yang dibuat.

Media sebelum ini melaporkan UM membuat laporan polis susulan video tular di media sosial mengenai pelajar dari Yaman berusia 34 tahun yang mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Melalui video durasi lebih seminit itu, pelajar berkenaan memaklumkan menghabiskan hampir dua tahun untuk menyiapkan kajian tersebut tetapi akhirnya kecewa apabila kajiannya diambil pihak universiti tanpa pengetahuan pihaknya.

Media Baharu