fb fb fb fb fb

KPT perlu tahu unjuran keperluan guru

KOTA TINGGI, 28 Mei- Kerjasama rapat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Kementerian Pendidikan (KPM), berupaya mengatasi isu lambakan graduan bidang perguruan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia juga penting bagi KPT untuk mengetahui unjuran keperluan guru yang hanya boleh diberikan KPM.

Dalam masa sama, Universiti Pendidikan Sultan Idris juga dimaklumkan agar institusi itu menumpukan kepada pengeluaran guru bagi bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, TVET.

"Soal kita sekarang ialah mungkin dengan ramai yang ambil kursus perguruan. Kita perlu lihat bahawa perguruan ini bukan sahaja dibekalkan kepada sekolah kerajaan, dia boleh juga sekolah swasta, dia boleh juga menjadi guru di luar negara, dan sebagainya," katanya selepas Program Semarak Komuniti Kota Tinggi bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar di sini.

(Mohamed Khaled Nordin)

Media Baharu