fb fb fb fb fb

KPM tidak kompromi salah laku warga sekolah

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku membabitkan warga sekolah, termasuk kejadian memukul pelajar sekolah di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, berkata beliau mengambil perhatian berhubung kejadian itu dan dimaklumkan insiden berlaku akibat salah faham antara pelajar terlibat.

"Tindakan pantas telah diambil. Empat orang pelajar terlibat telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan," katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau turut mengarahkan pihak sekolah terlibat serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk melaksanakan program intervensi bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah.

Terdahulu, polis menahan empat pelajar lelaki berumur 13 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian pukul rakan sekelas di sebuah pusat beli-belah di Kajang.

TETITIA YUSOFF