fb fb fb fb fb

KPM teliti punca ketidakhadiran calon SPM

Azman Adnan

PUTRAJAYA, 27 Mei- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti punca ketidakhadiran lebih 10,000 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Azman Adnan memaklumkan KPM akan meneliti punca berkenaan dan melaksanakan intervensi bagi menangani perkara itu sebaiknya.

"Kita akan teliti sebab-sebab mengapa calon ini tidak hadir. Bagaimanapun, telah berlaku penurunan yang agak banyak dari segi calon tidak hadir berbanding tahun lepas.

"Kita akan teliti masalah ini termasuk sebab-sebab dan intervensi yang akan kita laksanakan untuk memastikan perkara ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya," katanya dalam Sidang Media Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 di sini.

Sementara itu seramai 349,297 calon layak menerima sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023.

Azman memaklumkan angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 6,555 calon, berbanding tahun 2022.

"Peningkatan ini merupakan pencapaian terbaik sejak syarat pensijilan pada tahun 2013 diperkenalkan iaitu calon wajib lulus dua mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak mendapat sijil SPM," katanya.

Manakala, bagi Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) kira-kira 1,362 calon daripada 1,726 calon layak memperoleh sijil SPM Tahun 2023.

CBPK turut mencatatkan peningkatan sebanyak 233 calon berbanding tahun 2022.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI