fb fb fb fb fb

KPM sentiasa tambah baik RMT HiTS

Fadhlina Sidek

ALOR SETAR, 24 Oktober - Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited menambahbaik program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Hidangan Berkhasiat (HiTS) dari semasa ke semasa.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, usaha itu disokong dengan peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2024 iaitu kepada RM784.295 juta bagi tahun 2024 manakala bagi Bantuan Makanan Prasekolah yang menerima peningkatan peruntukan kepada RM131.961 juta.

"Dengan peningkatan ini, kita komited untuk memastikan keluasan program ini dapat dilaksanakan melibatkan lebih ramai pelajar khususnya daripada kumpulan B40 untuk mendapat mengkhususan dan keutamaan dalam RMT juga intervensi yang kita lakukan di peringkat prasekolah," kata Fadhlina, di sini.

Beliau ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program Makanan Kesihatan Promak Riang Ria Nutri Peringkat Negeri Kedah di sini.

Turut hadir Pengerusi padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Selain itu katanya Program Makanan Kesihatan (PROMAK) yang membekalkan makanan berkhasiat kepada murid sekolah rendah di seluruh negara bagi mengatasi malnutrisi dan kemiskinan juga membantu meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

PROMAK merupakan bantuan berbentuk tajaan makanan tengah hari yang seimbang kepada murid sekolah rendah dan kumpulan masyarakat yang kurang berkemampuan daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Data Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk pelajar sekolah yang terlibat dengan PROMAK telah memperlihatkan impak positif ke atas berat, ketinggian dan kehadiran murid ke sekolah.

Program yang dilaksanakan sejak Januari 2022 itu telah memanfaatkan hampir 20,000 murid sekolah rendah daripada 93 sekolah di empat negeri terpilih iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

TETITIA YUSOFF