fb fb fb fb fb

KPM sediakan garis panduan keciciran pelajar

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Garis panduan dalam mengurus murid yang berisiko keciciran ke sekolah disediakan Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata ini termasuk dengan mewujudkan Model Serahan keunggulan Diri serta Modul Kajian Kes dan Amalan Terbaik, sebagai panduan kepada guru bimbingan dan kaunseling di semua sekolah kerajaan.

"KPM juga melaksanakan sekolah model khas komprehensif supaya semua murid dapat kekal bersekolah terutamanya murid luar bandar dan kawasan pedalaman.

"Sekolah model khas K9 telah diperluas dari 12 buah sekolah ke 17 buah. Selain itu pihaknya memperluaskan K9 ke sekolah komprehensif. Model K11 dijangka mampu mengurangkan kadar keciciran murid daripada Tingkatan 3 je Tingkatan 4," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Petaling Jaya, Lee Chean Chung

Tambahnya, sebagai permulaan, KPM telah memulakan program rintis K11 di Sekolah Kebangsaan (SK) Rps Betau, Pahang dan di SK Long Bedian, Sarawak.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu