fb fb fb fb fb

KPM sedang teliti pembinaan sekolah baharu

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih meneliti keperluan pembinaan sekolah dari semasa ke semasa dengan mengambil kira enrolmen murid di sekolah-sekolah berdekatan serta pertumbuhan penduduk setempat susulan projek perumahan dan pembangunan yang sedang giat dijalankan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, dalam konteks pembinaan sekolah baharu, KPM sentiasa mendapat input dan cadangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

"KPM akan melaksanakan analisis keperluan pembinaan sekolah baharu secara terperinci," jelasnya ketika menjawab pertanyaan wakil Kulai Teo Nie Ching.

(Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin)

"Antara perkara yang diambil kira adalah bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan penduduk ataupun catchment area serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Tambahnya, Permohonan itu tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan agensi pusat dengan mengambil kira keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.

Media Baharu