fb fb fb fb fb

TOBTAB mampu meransang industri pelancong

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyokong aktiviti yang boleh merangsang industri pelancongan untuk lebih berkembang dan berdaya maju. 

Menurut menterinya Datuk Seri Nancy Shukri, sesi libat urus dijalankan dengan beberapa Agensi Dalam Talian, OTA antarabangsa yang menawarkan pakej atau perkhidmatan pelancongan di negara ini.

"Agensi ini perlu mematuhi Akta 482 dan berdaftar untuk beroperasi dengan memiliki lesen Syarikat Perniagaan Pengendalian Agensi Pelancongan dan Agensi Pengembaraan (TOBTAB),

"Garis panduan syarikat perniagaan pengendalian agensi pelancongan dan agensi pengembaraan (tobtab) yang menjalankan atau mengendalikan atau menganjurkan perniagaan dalam talian telah dibangunkan oleh motac untuk melesenkan syarikat yang menawarkan pakej pelancongan di negara ini secara atas talian," jelasnya di Dewan Rakyat, hari ini.


(Menterian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri)


Tambahnya, pelaksanaan garis panduan ini adalah langkah awal motac untuk memperkemas dan memperkukuh kawal selia aktiviti penawaran pakej pelancongan di negara ini secara atas talian.

Media Baharu