fb fb fb fb fb

KPM pantau sesi persekolahan sebelum buat keputusan mansuh penggiliran

IPOH, 21 Mac- Kementerian Pendidikan (KPM) tidak boleh menetapkan kadar vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sebagai penanda aras untuk memansuhkan sistem penggiliran di sekolah rendah yang mempunyai jumlah murid melebihi 600 orang.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kadar peratusan vaksinasi golongan itu di seluruh negara ketika ini agak rendah iaitu sekitar 35 peratus.

Jelas beliau, pihaknya akan terus memantau sesi persekolahan yang bermula hari ini sebelum memansuhkan sistem penggiliran.

"Kita tidak boleh menunggu kadar vaksinasi atau menetapkan nilai ambang kadar vaksinasi ini sebelum mereka dipanggil balik tanpa penggiliran.

Ini kerana jumlah peratusan kadar vaksinasi itu masih rendah, sebab tu kita akan pantau sesi persekolahan yang berlansung mulai hari ini untuk satu tempoh, dan kita akan panggil murid-murid di sekolah yang mana jumlah murid melebihi 600 orang ini untuk turut hadir tanpa penggiliran apabila masanya sesuai," katanya selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Syed Idrus Kampung Ulu Kuang di sini.


Tambah beliau KPM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan berbincang mengenai pendekatan paling sesuai untuk meningkatkan kadar vaksinasi kanak-kanak dalam negara.

Media Baharu