fb fb fb fb fb

KPM cadang kenaikan kadar bantuan makanan prasekolah dinaikkan menerusi belanjawan 2023

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 19 Januari - Kementerian Pendidikan (KPM) mencadangkan kadar bantuan makanan prasekolah (BMP) di Semenanjung dinaikkan daripada RM2 sekarang kepada RM2.50 manakala RM2.25 di Sabah dan Sarawak sekarang kepada RM2.75.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata KPM telah mengemukakan cadangan tersebut dalam Belanjawan 2023 kepada Kementerian Kewangan kerana kadar tersebut pada waktu ini tidak menepati piawaian yang sepatutnya.

(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)

"Jumlah itu secara tidak langsung bahawa memang mereka tidak akan dapat makanan dan nutrisi yang tepat untuk pembesaran mereka.

“Kita di KPM berjuang memohon peruntukan lebih untuk memastikan nutrisi dan murid yang pergi ke prasekolah mendapat manfaat dengan bantuan makanan yang lebih sihat,” katanya dalam sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga kementeriannya, di sini.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata pelbagai inisiatif akan dilaksanakan bagi memperkasakan pendidikan prasekolah antaranya menambah bilangan kelas pada setiap tahun, meningkatkan enrolmen murid, kualiti guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) sedang diperhalusi serta diteliti KPM.

Katanya, KPM mencadangkan perluasan sebanyak 118 kelas prasekolah untuk beroperasi di seluruh negara tahun ini termasuk di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman.

Media Baharu