fb fb fb fb fb

20 pejabat imigresen dibuka Sabtu dan Ahad, atasi isu kesesakan kaunter pasport

SEPANG, 19 Januari - Operasi semua pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) bakal dilanjutkan sehingga pukul 7 malam pada hari bekerja manakala sehingga pukul 5 petang pada hujung minggu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia sebagai langkah segera bagi mengatasi isu kesesakan luar biasa di pejabat permohonan pasport.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

"Sebagai tanda kepekaan kita terhadap aduan rakyat...kita tidak pernah menafikan... macam yang saya sebutkan...jadi apakah langkah kita untuk memastikan kita dapat membantu mengurangkan kesesakan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat Pasport Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),di sini.

Tambah Saifuddin, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga bakal mengoperasikan sejumlah 20 buah pejabat pengeluar pasport terpilih di Semenanjung Malaysia pada setiap Sabtu dan Ahad mulai 28 Januari ini.

Katanya, pejabat terbabit akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pejabat terlibat ialah Menara Ikhlas di Putrajaya, Jalan Duta dan Wangsa Maju di Kuala Lumpur, Shah Alam, Kelana Jaya, Kajang, Puchong, Pelabuhan Klang, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Baru di Selangor; Setia Tropika, Kulai, Muar, Kluang dan Batu Pahat di Johor, Melaka,Taiping dan Teluk Intan di Perak, Seberang Jaya di Pulau Pinang serta Kulim di Kedah.

Media Baharu