fb fb fb fb fb

KPM ambil tindakan segera susulan kebakaran di SMAP Kajang

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

PUTRAJAYA, 10 Julai -Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera susulan insiden kebakaran membabitkan satu unit pejabat, bangunan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, awal pagi.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, KPM sedang menunggu hasil siasatan dan laporan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung punca kejadian.

Beliau turut memaklumkan bahawa sejumlah peruntukan telah diarahkan untuk disalurkan segera bagi memastikan proses pembelajaran pelajar tidak terjejas.

"Sekarang ini semua tindakan segera itu sedang kita laksanakan bersama pihak keselamatan khususnya bomba dan JKR. Ini kerana kita tidak mahu proses anak-anak terganggu dan kita akan adakan pembersihan bagi memastikan ada suasana dan ruang untuk anak menyambung pengajian mereka. Insya- Allah semua dalam kawalan" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022, di sini.

Fadhlina turut menzahirkan rasa syukur kerana kemalangan jiwa dilaporkan dan mengingatkan pihak pentadbiran sekolah agar sentiasa memastikan tahap keselamatan sekolah berada dalam keadaan baik dan terkawal.

TETITIA YUSOFF