fb fb fb fb fb

KPM akan salur bantuan kepada keluarga tiga remaja maut di Senawang

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

KUCHING, 13 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan bantuan kepada keluarga tiga remaja yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, Seremban, Jumaat lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sedang meneliti bentuk bantuan yang boleh diberikan di bawah bidang kuasa KPM bagi memastikan kebajikan keluarga mangsa terjaga.

“Kita akan minta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk melihat keseluruhan bentuk bantuan tersebut supaya kebajikan yang berada dalam bidang kuasa KPM dapat disampaikan kepada keluarga,” katanya.

Beliau turut mengarahkan JPN untuk melawat rumah keluarga mangsa bagi menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan sewajarnya kepada mereka.

Dalam kejadian Jumaat lalu, tiga remaja berusia 15 hingga 17 tahun maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan.

GRACE AISYAH KEDAYAN