fb fb fb fb fb

KPLB terima laporan 356 kerosakan jalan perhubungan desa akibat bencana banjir

PORT DICKSON, 21 Januari - RM15.1 juta diperuntukkan bagi Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas kepada penduduk terjejas banjir di Negeri Sembilan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bantuan wang tunai sebanyak RM2,500 diberi kepada ketua isi rumah.

Selain itu, RM35 juta diperuntuk baik membaik pulih dan membina 394 kemudahan sosial yang terjejas akibat banjir.

“Setakat 9 Januari lepas, sebanyak 356 permohonan Jalan Perhubungan Desa diterima bagi kerja bina baharu, naik taraf serta membaik pulih kemudahan dan infrastruktur.

"Manakala 394 permohonan Program Ameniti Sosial (PAMS) iaitu termasuk di kawasan perkampungan Orang Asli yang dilanda banjir baru-baru ini.

"Itu dua tambahan untuk pembangunan luar bandar. Yang pertama itu hari dah sebut baik pulih rumah dan bina baharu rumah. Yang kedua jalan dan yang ketiga ialah kemudahan sosial jadi kami di KPLB buat tiga bagi tunai tu bawah ICU Jabatan Perdana," kata Mahdzir selepas menyampaikan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas (BPBKA) kepada mangsa banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, Parlimen Port Dickson di Dewan Majestic, di sini.

Ketika ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui agensinya giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih rumah dan membina rumah baharu penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

Pihak kontraktor yang dilantik diberi tempoh antara empat hingga enam bulan untuk menyiapkan projek itu.

 

Media Baharu