fb fb fb fb fb

KPLB anjur program Pendigitalan Usahawan Desa

(Che Murad Sayang)

PUTRAJAYA, 7 Jun- Program Pendigitalan Usahawan Desa dianjurkan bagi membantu usahawan luar bandar memasarkan produk melalui platform e-Dagang.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata inisiatif tersebut merupakan strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar.

"Jadi mereka ini akan diberikan pendedahan berkaitan dengan kaedah terkini dalam pendigitalan pemasaran.

"Jadi melalui cara ini usahawan kita dapat memahami bagaimana mereka nak mengira stok, kemudian tahu berapa modal dia, berapa keuntungan dan sebagainya. Ini yang kita cuba buat pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pendigitalan Usahawan Luar Bandar Siri 1 2022, di sini hari ini.

(Che Murad Sayang pada Program Pendigitalan Usahawan Luar Bandar
Siri 1 2022 di Putrajaya hari ini)

Program di bawah DesaMall@KPLB tersebut adalah pemangkin kepada usaha kerajaan dalam melaksanakan Revolusi Industri (IR) 4.0 sebagai pendorong anjakan paradigma kepada usaha luar bandar dan juga merakyatkan ekonomi digital.

Seramai 213 peserta, melibatkan 8 rakan strategik menyertai program berkenaan.

Dalam pada itu, KPLB turut menyasarkan lebih banyak penyertaan dari usahawan muda terhadap program yang dianjurkan kementerian bagi membantu menjana pendapatan selain mempromosikan produk mereka.

Media Baharu