fb fb fb fb fb

KPKT tubuh pasukan khas tangani isu rumah terbengkalai

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa memantau mengenai isu projek rumah terbengkalai.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, ia termasuklah dengan menubuhkan pasukan khas bagi menyelaras dan mencari penyelesaian isu berkenaan.

Selain mengenal pasti pemaju-pemaju yang berkeupayaan dan berpengalaman untuk mengambil alih pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai.

(Gambar Hiasan)

"Bagi projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dibangunkan oleh KPKT, tindakan yang diambil terhadap projek yang bermasalah adalah seperti berikut mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Contract Coordination Panel (CCP),

"Kami juga melaksanakan pemantauan berkala dan penyelarasan bersama PBN di samping penglibatan agensi pusat seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk isu-isu di luar kawalan kementerian," jelasnya dalam sidang Parlimen, hari ini.

Tambah beliau lagi,KPKT juga melaksanakan pemulihan projek-projek perumahan swasta terbengkalai terutamanya kategori kos rendah dan sederhana rendah yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Peruntukan tersebut adalah bagi menampung kos tambahan pemulihan projek-projek berkenaan.

Media Baharu