fb fb fb fb fb

KPKT perlu muncul sebagai pusat kecemerlangan - Nga Kor Ming

Menteri KPKT, Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 11 November- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) harus muncul sebagai pusat kecemerlangan.

Menurut Menteri KPKT, Nga Kor Ming mencipta kecemerlangan adalah merupakan hasrat setiap organisasi, kepimpinan tertinggi kerajaan Madani.

Jelasnya, KPKT sentiasa proaktif dan produktif mendahului dalam pelbagai aspek pentadbiran.

"Saya amat berbangga kerana KPKT sering menjadi perintis dalam melaksanakan program dan inisiatif kerajaan serta perkhidmatan awam seperti pelaksanaan MyMudah, Bitara Madani, Enterprise Architecture (EA), kemudahan menjalankan perniagaan melalui OSC 3.0 dan ketersediaan perniagaan," kata Nga berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 di Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, malam tadi.

Terdahulu, KPKT telah memenangi 10 anugerah utama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antaranya, KPKT melalui JBPM telah memenangi Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam 2023 dan membawa pulang RM1 juta.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM