fb fb fb fb fb

KPKT rancang pemajuan kediaman bagi warga emas

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, (KPKT) merancang untuk menyediakan mekanisme pemajuan kediaman bagi warga emas yang bercirikan kemudahan kesihatan, rekreasi, kehidupan berdikari dan banyak lagi elemen kerohanian serta unsur budaya masyarakat Malaysia yang dapat diterapkan.

Ia berikutan Malaysia dijangka akan menjadi negara tua pada tahun 2030 dengan 15.3 peratus penduduk akan berada dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas.


(Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib)

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, garis panduan Perancangan Fizikal Warga Emas terdapat dalam PLANMalaysia.

"KPKT juga melalui PLANMalaysia telah mengeluarkan garis panduan Perancangan Fizikal Warga Emas yang memberikan panduan perancangan fizikal dalam merancang, membangunkan dan merekabentuk petempatan atau residensi warga emas seperti perumahan khas warga emas bagi perumahan bertanah iaitu biasa atau strata; perumahan berbilang tingkat; dan bangunan binaan khas," katanya

Tambah beliau lagi, trend global menunjukkan warga emas berkeinginan untuk kekal aktif, sihat dan hidup berdikari serta mengelakkan pengasingan sosial golongan tersebut memiliki tahap produktiviti yang tinggi berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini dan juga berupaya menyumbang kepada pembangunan negara.

Datuk Seri Dr Ismail menjawab pertanyaan Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, apakah usaha Kementerian dalam penyediaan perumahan yang inklusif dan kebolehcapaian yang baik menjelang Malaysia sebagai negara tua pada tahun 2030 serta nyatakan antara inisiatif penyediaan perumahan sebagai destinasi persaraan warga emas.

Media Baharu