fb fb fb fb fb

Tidak akan tutup semula sektor ekonomi dan sempadan negara, tarik keyakinan pelabur luar

PUTRAJAYA, 16 Ogos - Langkah kerajaan untuk tidak menutup kembali sektor ekonomi dan sempadan negara pasca pandemik COVID-19 menyumbang kepada peningkatan jumlah pelabur luar ke dalam negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keputusan tersebut antara faktor yang memberi keyakinan kepada pelabur luar.

Ini sekali gus membolehkan aktiviti perniagaan dijalankan dengan sempurna dan terus meningkat.

(Perdana Menteri berucap pada majlis perjumpaannya bersama warga JPM)

"Sebelum ini kita buka beberapa bulan dan kita tutup semula. Jadi ia menimbulkan ketidakyakinan bahawa kalau kita buka adakah kita akan menutup semula.

"Tetapi dengan komitmen kerajaan kita mengatakan sekali kita sudah buka, kita tidak akan tutup lagi, walaupun apa yang berlaku kita tidak akan tutup lagi," kata Ismail di sini, pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau turut meminta agar kerenah birokrasi di semua peringkat kementerian, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dapat dikurangkan untuk melancarkan segala urusan pelabur.

Sekiranya isu itu dapat dikurangkan ekonomi negara akan bertambah baik.

Media Baharu