fb fb fb fb fb

17 Terselamat van sekolah terbabas

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

SUNGAI PETANI, 16 Ogos- 16 pelajar sekolah dan seorang pemandu van cedera selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dipercayai terbabas sendiri ke dalam parit di Jalan berdekatan Taman Rhu Tikam Batu, Sungai petani, Kedah pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Pegawai Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata tiada mangsa yang tersepit di dalam van terbabit .


(Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah)

Katanya menerusi kenyataan, pemandu van berumur lingkungan 50-an cedera ringan di bahagian kepala.

Manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 8 hingga 10 tahun patah tangan dan 15 kanak-kanak lelaki dan perempuan lain berumur 7- 12 tahun cedera ringan.

Mohamadul Ehsan berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira pukul 7.40 pagi dan bomba seramai 10 keanggotaan dari Balai Bomba dan penyelamat Tikam Batu dan Sungai Petani dikejarkan ke tempat kejadian.

Kesemua mangsa di beri rawatan awal oleh unit EMRS dan membawa mangsa iaitu 2 kanak-kanak lelaki dan 1 kanak-kanak perempuan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,

Manakala mangsa yang lain telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Operasi tamat sepenuhnya jam 8.48 pagi

Media Baharu