fb fb fb fb fb

KPKT mahu beri perkhidmatan asas terbaik, tidak mahu rakyat terbeban

(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming)

PUTRAJAYA, 9 Januari- Perkhidmatan asas terbaik, menjadi misi utama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata perkhidmatan itu meliputi jalan raya rata, kebersihan tandas, lampu terang, longkang bersih dan garis panduan mesra rakyat.

Katanya, lima aspek tersebut mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak, namun ia mampu membangkitkan kemarahan rakyat sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik.


(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap dalam Majlis Amanat Tahun Baharu di Putrajaya/FB KPKT)

"Jangan pandang ringan, jalan raya yang rata. Jangan pandang ringan kerana jumlah kematian akibat kemalangan, setiap tahun meragut 7,200 nyawa.

"Setiap hari sebanyak 20 kematian berlaku di jalan raya, khususnya yang melibatkan penunggang motosikal", katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Tahun Baharu kementerian itu di Putrajaya.

Tambah beliau, KPKT juga akan mengambil langkah-langkah penjimatan susulan ketidaktentuan ekonomi.

Ini termasuk mengelakkan keraian mewah dan pengubahsuaian yang tidak diperlukan serta perancangan projek dengan lebih teliti.

Media Baharu