fb fb fb fb fb

Kerajaan Melaka galak pelancong, rakyat pakai pelitup muka di tempat awam

BUKIT BERUANG, 9 Januari- Melaka masih belum memutuskan keputusan untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan awam dan sesak di negeri itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya sedang memantau rapi jumlah kes dan keadaan COVID-19 di negeri tersebut.

Namun begitu, beliau menggalakkan rakyatnya dan pelancong yang masuk ke Melaka, bukan sahaja memakai pelitup muka malah mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) lain seperti kerap mencuci tangan serta penjarakan fizikal sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kita mengggalakkan kepada semua terutamanya pelancong mahupun mereka ke Melaka untuk memakai pelitup muka dan SOP lain untuk mengelak daripada dijangkiti COVID-19," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Bendera Gergasi di sini.


(Foto BERNAMA)

Tambah Sulaiman, tiada SOP khas akan dikeluarkan kerajaan Melaka ke atas pelancong luar yang ingin memasuki negeri itu.

Media Baharu