fb fb fb fb fb

KPKT kenal pasti lebih banyak lokasi projek WTE

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengenal pasti lebih banyak lokasi bagi melaksanakan projek sisa jadi tenaga (WTE).

Jelas Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ia bagi mengurangkan kadar penjanaan gas rumah hijau selain menampung sisa pepejal yang semakin meningkat.

"KPKT sedang menyediakan perancangan untuk membangunkan loji WTE di negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi mengatasi isu tapak yang bersesuaian untuk pembinaan tapak pelupusan sanitari serta menampung penjanaan sisa yang semakin meningkat sepanjang tahun.

"Kementerian ini yakin loji WTE mampu mengurangkan penjanaan gas rumah hijau dan seterusnya dapat membantu negara mencapai sasaran pengurangan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030," katanya ketika menjawab soalan Senator, Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee di Dewan Negara di sini.

Beliau turut optimis langkah peralihan pengurusan sisa pepejal kepada ekonomi kitaran mampu mencapai matlamat pembangunan mampan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu