KUALA LUMPUR, 27 Februari -Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengalu-alukan konsep 'bina dan kemudian jual' (BKJ) bertujuan bagi meminimakan projek perumahan sakit
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, menerusi konsep tersebut, pemaju akan mengenakan 10% wang pendahuluan daripada harga jualan kepada pembeli, manakala selebihnya akan dikenakan setelah rumah tersebut siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta penyerahan pemilikan kosong (VP).
"Oleh kerana konsep BKJ ini memerlukan pemaju mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh bagi melaksanakan projek.
"Pada masa ini Kerajaan hanya menggalakkan pemaju yang bersedia untuk melaksanakan konsep BKJ secara sukarela", katanya di Parlimen.
Tambah Kor Ming, pelbagai insentif ditawarkan termasuklah mengecualikan syarat pembayaran deposit bagi lesen pemajuan perumahan dan jaminan bank serta kemudahan lorong laju bagi semua urusan yang melibatkan pemajuan seperti tukar syarat tanah, pecah sempadan, kelulusan pelan susun atur, pelan bangunan dan kelulusan daripada jabatan-jabatan teknikal