fb fb fb fb fb

KPKM pergiat usaha penanaman padi di Sabah dan Sarawak

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Usaha bagi memperluas penanaman padi di Sabah dan Sarawak akan dipergiat bagi meningkatkan bekalan beras sekali gus menjamin sekuriti makanan negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketika ini, selain Kedah bekalan beras dalam negara banyak bergantung daripada beberapa negeri seperti Perak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Seberang Perai, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, musim banjir di utara dan Pantai Timur pada setiap Disember dan Januari akan menjejaskan hasil padi seterusnya mengganggu penghasilan bekalan beras negara.

"Selalunya bila banjir berlaku besaran di sebelah Utara dan Timur ini di sekitar Disember dan Januari, kita mesti guna sekuriti makanan di Sabah dan Sarawak.

"Kita kena berbincang secara serius agar penanaman padi di sabah sarawak dapat diperluaskan dan kita memohon sama dalam bajet ini kalau ada apa-apa peruntukan pada masa akan datang untuk buat sistem perairan yang lebih baik supaya pengeluaran padi di Sabah dan Sarawak dapat dipertingkatkan pada masa akan datang", kata Mohamad Sabu ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong yang ingin tahu jenis bantuan yang diberikan kepada petani, penternak dan pesawah di kawasan pedalaman Sarawak di Dewan Rakyat di sini.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) kerajaan memperuntukkan sejumlah RM36.5 juta bagi pelaksaaan pelbagai program pembangunan dalam sektor pertanian, penternak serta pesawah yang telah memanfaatkan lebih 21,345 rakyat Sarawak.


(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu)

Media Baharu