fb fb fb fb fb

KPK pertingkat eksport produk hiliran minyak sawit, derivatif

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama-sama agensi yang berkaitan akan terus meningkatkan eksport produk hiliran minyak sawit dan derivatif.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata dasar sifar sisa lanjutan telah dibangunkan yang melibatkan sejumlah besar sisa buah sawit.

Ini termasuk kulit isirung sawit dan serat mesokarpa daripada tandan buah segar kelapa sawit, dahan buah kosong dan bahan lain akan digunakan.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof)

"Minyak sawit menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia kerana ia bukan sahaja membawa hasil eksport bernilai tinggi, tetapi juga menyediakan pekerjaan langsung kepada lebih 650,000 orang termasuk kira-kira 450,000 pekebun kecil", katanya.

Tambahnya, jumlah nilai eksport minyak sawit dan produk sawit pada tahun 2022 adalah berjumlah RM130 bilion iaitu 8.4 peratus daripada jumlah nilai eksport di Malaysia.

KPK telah melaksanakan semua inisiatif utama dengan visi memajukan sektor komoditi pertanian Malaysia bagi merealisasikan kemakmuran bersama dan pembangunan mampan di seluruh rantaian nilai.

Minyak sawit juga adalah salah satu industri utama Malaysia dan penyumbang pendapatan eksport terbesar daripada sektor pertanian di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perniagaan Kumpulan Syarikat Gamalux 2023 di ibu negara.

Media Baharu