KUALA LUMPUR, 7 Mac- Rapid Rail telah mengaktifkan perkhidmatan rel altenatif susulan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan bekalan kuasa pada 7.50 minit malam tadi.
Perkhidmatan rel altenatif itu beroperasi dengan semua tren dari arah Putra Heights berpatah balik ke Stesen LRT Pasar Seni. Manakala tren dari arah Gombak berpatah balik ke Stesen LRT Damai.
Rapid Rail dalam kenyataan berkata, Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan akibat masalah bekalan kuasa melibatkan lima stesen bawah tanah antara stesen LRT Ampang Park dan Masjid Jamek.
Gangguan menyebabkan fasiliti seperti lif, eskalator dan lampu tidak dapat berfungsi di stesen terlibat.
Kenyataan itu turut memaklumkan kerja-kerja mengenal pasti punca gangguan sedang giat dijalankan.
(Foto hiasan)