fb fb fb fb fb

KPJ di negeri Melaka diaktifkan semula

(Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah ditemu bual media selepas ‘Program Hari Pertama Sekolah’, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal)

DURIAN TUNGGAL, 5 April - Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJ) diaktifkan semula membabitkan 253 sekolah rendah dan menengah dengan 7,402 pelajar di seluruh negeri Melaka.

Ia susulan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka kembali dibenarkan di bawah Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata walaupun murid dan pelajar yang menyertai kelab berkenaan tidak mempunyai kuasa sebagaimana seorang anggota polis, namun mereka boleh menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa terutama dalam melaporkan aktiviti jenayah yang mungkin berlaku dalam kawasan sekolah.


(Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah pada ‘Program Hari Pertama Sekolah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, Melaka)

"Penubuhan KPJ ini atau Kelab Pencegahan Jenayah ini di sekolah adalah untuk membendung komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek kesedaran jenayah, kita lebihkan aspek pencegahan walaupun dia tiada kuasa nak tangkap dan sebagainya tapi dia tau apa-apa yang berlaku di luar, begitu juga di dalam persekitaran sekolah," kata beliau kepada pemberita pada ‘Program Hari Pertama Sekolah’, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal di sini hari ini.

Razali berkata pelaksanaan inisiatif ini di bawah Majlis Pemuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Kementerian Pendidikan (KPM) di mana aktiviti akan dikendalikan secara dalam talian semasa aktiviti kokurikulum dilaksanakan.

Media Baharu