fb fb fb fb fb

Empat maut dalam nahas empat kenderaan

KUALA NERUS, 5 April - Empat maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kira-kira pukul 6.22 petang pada Isnin.

Mangsa Kairol Arman Kamrudin,38 tahun, Syed Mohd Syukri Tuan Yahya,36 tahun, Mohammad Saufi Jusoh,34 tahun dan Mohd Shahlan Mat Saat,37 tahun maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintenden Ismail Man berkata ketika kejadian van yang dinaiki empat mangsa dari arah Besut menghala ke Kuala Terengganu.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, van yang dipandu Kairol Arman dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal lalu bergesel dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.


(Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu)

Susulan itu van berkenaan telah melanggar secara berdepan dengan bas ekspres yang dalam perjalanan daripada Kuantan ke Kota Bharu.

Akibat kemalangan itu, pemandu kereta Wira Aeroback Muhammad Fazil Hussin, 33 tahun turut mengalami kecederaan.

Beliau berkata mayat kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Media Baharu